Skip to content

Buletin Hal Ehwal Pelajar

Anda disini:
Selamat datang ke laman web Buletin HEP Online.
Gambar
Naib Presiden / TNC HEP

http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc2.jpg
Tanggal 7 Mei 2010 yang lalu, genap usia beliau 60 tahun. Universiti Industri Selangor menjadi tempat yang amat bertuah apabila dipilih sebagai Institut Pengajian Tinggi yang seterusnya untuk berkhidmat. Disember 2008 bermulalah tugas beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar di Universiti Industri Selangor. Itulah serba sedikit info berkenaan personaliti kita kali ini, Prof. Madya Haji Zainal Abidin Bin Kidam.

Dilahirkan di Kuala Pilah, kemudiannya dibesarkan di Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Kangsar. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Clifford. Setelah
mendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 3, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman(STAR), Ipoh, Perak. Di STAR, beliau telah melanjutkan pelajaran sehingga Tingkatan 6 Atas. Setelah itu, Prof Madya Hj Zainal menyambung pegajian ijazah awal di Universiti Malaya dalam jurusan Sains Pertanian dengan pengkhususan dalam bidang Ekonomi Pertanian. Pencarian ilmu oleh beliau tidak terhenti di situ, apabila beliau berjaya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam bidang kewangan dan pelaburan di University of Wisconsin Amerika Syarikat.

Sebagai Ketua dalam Bahagian Hal Ehwal Pelajar, beliau sentiasa peka dengan permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan siswa dan siswi. Pendekatan beliau dalam mendekati pelajar dan berusaha menangani setiap permasalahan yang dihadapi mereka amat disenangi oleh siswa dan siswi di Unisel.

Ini amat sejajar dengan misi Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang ingin memberikan pengalaman yang amat terkesan kepada pelajar dalam usaha melahirkan insan-insan yang cemerlang melalui pembangunan secara holistik. Semoga usaha beliau akan terus mekar dan mendapat sokongan dari semua warga UNISEL.
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc3.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc4.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc5.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc6.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc7.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc8.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc9.jpg
http://buletin.hep.unisel.edu.my/images/stories/gambar/gambar/tnc10.jpg
 

Pautan

DISIPLIN DAN TATATERTIB
Makluman penguatkuasaan Etika Pemakaian Menutup Aurat bagi semua pelajar muslim Unisel seperti yang telah diputuskan mesyuarat pada 1 November 2010 yang telah menetapkan bahawa semua pelajar muslim adalah diwajibkan berpakaian sopan dan menutup aurat semasa berada didalam kampus Unisel. Penguatkuasaan peraturan bermula pada semester 2/2010/2011

SKIM TAWARAN MENJADI AGEN PENGAMBILAN PELAJAR

Kepada semua pelajar Unisel, Tawaran Menjadi Agen Pengambilan Pelajar - "PELAJAR DAPATKAN PELAJAR", klik disini untuk maklumat lanjut.

KLIK DISINI untuk muat-turun borang Tawaran Menjadi Agen Pengambilan Pelajar